Thursday, November 15, 2012

It's a Secret !

15.11.2012 ( 8:12PM ) Memang susah nak ubah takdir yang akan menimpa kat kita, bila kita dah bersumpah dan berjanji kita tidak akan mengecewakannya lagi, tapi hal itu akan kita buat juga tanpa kita sedari. Aku pun tidak sedar ketika itu, aku terlalu ego dan melepaskannya pergi untuk selamanya. Bukan senang sebenarnya nak dapatkan dia. Bila aku dah dapat, aku senang-senang je yang kecewakan. Dia bukan jenis yang minta penjelasan pun. Aku pun hairan sampai sekarang. Aku rindu saat-saat dulu, dia kol aku bila dia dalam ketakutan, dia mesej aku dikala kesedihan. Waktu EURO 2012 main pun dia mesej aku juga, dia pun tengok juga. Jarang betul aku tengok perempuan yang akan tengok bola. Bukan jarang, malah tak pernah selama ni. Baru dialah yang pertama dan terakhir. Kalau aku nak main bola tu, dia selalu pesan untuk hati-hati. Waktu puasa dia akan bangunkan aku, tapi ganti-ganti lah. Hari ni aku, besok dia, pastu aku, then dia. Sampai lah 1 hari tu, aku rasa marah sangat. Aku ada baca ex dia komen-komen dengan kazen dia. Haih! aku tengok dorang ni macam masih ada connecting je ni. Jadi secara tak sengaja aku jalan ngan kawan-kawan aku, tetiba dia pun jalan ngan kazen2 dia waktu tu. Dia tengok aku, tapi oleh kerana time tu aku marah sangat, aku jeling dia depan kawan-kawan aku ngan kazen-kazen dia. Aku tau dia kecewa sangat time tu. Tapi kini baru aku sedar yang aku ni ada ego yang teramat-amat sangat tinggi. Time pmr tu aku ada mesej kat dia, banyak kali dah , tapi dia dah tukar number. Aku menyesal betul kalau ingat tentang hal ni. Aku harap dia bahagia walau dia dah ngan sesapa sekarang ni. Tak kisah lah apa pun, tapi ini semua memang aku lah penyebab. Minta maaf sangat-sangat :)) WW

No comments:

Post a Comment